web 2.0




Selamat Datang ke blog MyE3062. Blog ini merupakan medium perantara antara pensyarah dan pelajar . Saya berharap pelajar sekalian beroleh ilmu yang bermanfaat dari blog MyE3062 ini.








INFOMASI


Pengaturcaraan C++:

C++ (disebut si plas plas) ialah sebuah bahasa pengaturcaraan berorientasi objek yang berasal daripada C. Walau bagaimanapun, kedua-dua bahasa ini telah berkembang secara berasingan, dan terdapat perbezaan antara kedua-duanya. C++, pada asalnya dinamakan "C with Classes" (C dengan Kelas), dicipta oleh Bjarne Stroustrup pada tahun 1983 di Bell Labs.
C++ dianggap sebagai bahasa pengaturcaraan aras sederhana, kerana mempunyai ciri-ciri bahasa aras tinggi dan rendah.





6 SYARAT UNTUK MENAMAKAN PEMBOLEH UBAH DAN PENGECAM
1.       Boleh terdiri daripada huruf a hingga z, A hingga Z, 0 hingga 9, symbol, _ (underscore)

2.       Aksara pertama mestilah huruf atau under score 
Cth  :    int   nombor ;
             Int  _nombor;

3.       Tiada jarak sekiranya menggunakan dua patah perkataan. Gunakan underscore untuk menjarakkan dua perkataan tersebut

Cth  :   int   hasiltambah ;
           float  hasil_tambah ;

4.       Tidak boleh menggunakan kata kunci C++ sebagai nama pembolehubah

Cth  :   int cout;
            int cin;

5.       Tiada had panjang perkataan tetapi compiler hanya mengenali 32 aksara pertama sahaja.

6.       C++ adalah sensitive terhadap penggunaan huruf besar dan kecil. kedua-duanya akan member makna yang berbeza.
Cth.


  • Sewaktu menamakan pembolehubah dan pengecam, gunakan nama yang bermakna. Ini bermaksud nama yang mudah difahami dan mengambarkan ciri-ciri pemboleh ubah tersebut.



Cth :                          float    luas;

dan bukannya          float  ls;


KAEDAH MENGISTIHARKAN PEMBOLEH UBAH

a .  PEMBOLEHUBAH2 YANG MEMPUNYAI JENIS DATA YANG SAMA
int  nombor1, nombor2, nombor 3;
ATAU
int  nombor1;
int nombor2;
int nombor3;

b. PEMBOLEHUBAH2 YANG MEMPUNYAI JENIS DATA YANG BERBEZA
int nombor1;
int nombor2;
float purata;

PENGISYTIHARAN PEMBOLEHUBAH



Pengujian Aturcara

Aturcara yang siap dibina perlu diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai sebarang  ralat.  Ralat aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau sintaks yang telah ditetapkan. 

Secara amnya, terdapat tiga jenis ralat dalam sesebuah aturcara iaitu :

i.      Ralat sintaks ( Syntax error )

Ralat sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan atau tatabahasa bahasa yang dipilih.  Contohnya programmer terlupa untuk meletakkan semi colon pada tempat yang diperlukan.

ii.     Ralat Logik ( Logic error )

Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej ralat diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara.  Ralat ini selalunya melibatkan pengoperasian iaitu aritmetik, logik dan perbandingan.  Contohnya, A = B + C adalah benar sekiranya nilai B dan C yang dimasukkan adalah berjenis nombor atau integer.



iii.    Ralat Masa Perlaksanaan ( Run time error )

Run time error akan berlaku apabila input data tidak mematuhi jenis atau struktur data yang ditetapkan. 

Sebagai contoh ;